Powered By Blogger
Free Dallas Cowboys Helmet Cursors at www.totallyfreecursors.com

Kata Alu-aluan saya

Hai semua pengguna...kita sebagai pengguna harus bertindak dengan bijak untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik.

Tuesday, April 22, 2014

PRODUK KESUKAAN MALAYSIA - ADABI

DIAMBIL DARIPADA : Profile Produk Adabi

ASSALAMUALAIKUM..DI SINI SAYA SUKA UNTUK BERCERITA MENGENAI SUATU PRODUK YANG SEMANGNYA MENJADI KESUKAAN SAYA DAN JUGA KELUARGA IAITU PRODUK-PRODUK DARIPADA SYARIKAT MAKANAN ADABI SDN BHD....PROFIL SERTA MAKLUMAT SYARIKAT INI BOLEH DILIHAT DI BAWAH....THUMS UP FOR ADABI!!!!

ADABI CONSUMER INDUSTRIES SDN BHD

PENGENALAN
Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ACISB) merupakan syarikat induk dan salah satu peneraju utama di Kumpulan Adabi. ACISB dikelola dan diteraju secara professional dan berpandu sepenuhnya pada produk dengan memberi penekanan yang sama terhadap Penyelidikan & Pembangunan serta Jualan & Pemasaran. Menyenaraikan produk lebih dari 60 jenis produk di bawah 6 kategori berikut : serbuk rempah campuran, pes sedia proses, campuran tepung, Sos, makanan dalam tin dan minuman.  
Memiliki kumpulan penyelidik yang kuat dan kreatif, yang sentiasa berdedikasi untuk mencipta produk makanan baru dan inovatif. Syarikat telah berkembang dengan pesat, iaitu daripada 25 kakitangan dan jualan tahunan sebanyak RM2 juta pada tahun 1984, sehingga ke kedudukan saat ini yang mana mempunyai lebih dari 400 anggota dan mensasarkan jualan tahunan sebanyak RM120 juta dapat dikaitkan dengan kejayaan syarikat yang telah berjaya memperkenalkan pelbagai produk baru sepanjang beberapa dekad.
Adabi telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan di atas komitmen yang telah diberikan terhadap memastikan kualiti produk keluaran. Bahkan, produk Adabi adalah yang pertama untuk menerima sijil Halal dari Jabatan Hal Islam dari Jabatan Perdana Menteri. Di antara anugerah yang lain yang dimenangi adalah Superbrand Status (Reader's Digest Malaysia), International Makanan & Minuman Award (New Millenium Award - Paris) dan Anugerah Kecemerlangan Industri (MITI) dan Anugerah Produk Terpuji (Institut Teknologi Pangan Malaysia).
SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT ADABI SDN BHD
Dato' Syed Manshor Bin Syed Mahmood
Pengasas / Pengarah Urusan
Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd

Pengasas dan pemilik Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. Membangunkan syarikat dan peneraju utama sejak penubuhannya pada bulan Mac tahun 1984. Juga merupakan antara perintis utama Kumpulan Adabi - aktif semasa '70-an dalam pendidikan swasta. Menjadi Pengerusi kepada semua anak-anak syarikat di bawah Kumpulan Adabi. Menyelia pengurusan syarikat.


Pada tahun 1984, kumpulan pertama produk-produk ADABI dihasilkan di sebuah kilang kecil bertempat di Kawasan Perindustrian Ringan Batu Caves. Semenjak itu, usaha kami telah berkembang dengan pesat. Dari Batu Caves, ADABI telah berpindah ke kilang-kilang yang lebih besar di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Kepong pada tahun 1986 dan membina kilang pemprosesan tambahan di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Ehsan pada tahun 1990 dan 1992. Di atas permintaan pelanggan yang kian bertambah, syarikat berpindah ke premis kilang dan pejabat milik persendirian yang terletak di Taman Perindustrian Bersepadu Rawang pada November 1996 bagi menampung keperluan pasaran dan pelanggan. Terletak di kawasan seluas 4 hektar, yang merangkumi pusat pengeluaran, gudang, bangunan pejabat dan kemudahan pentadbiran Adabi yang lain.

" Menjadi sebuah pengeluar produk makanan terkemuka berpangkalan di Malaysia termasuk wilayah lain."

SENARAI PRODUK PERNIAGAAN ADABI







PERSIJILAN ISO 9001:2000/2008


Adabi Consumer Industries Sdn Bhd adalah syarikat makanan pertama yang telah dianugerahkan persijilan ISO 9001:2000 pada tahun 2002 dan peralihan kepada persijilan ISO 9001:2008 oleh Pihak SIRIM Berhad pada tahun 2009. Melalui persijilan ISO ini, setiap proses pengeluaran perlu menepati 'Quality Management System', di mana setiap proses pengeluaran perlu mematuhi 'Standard Operation Procedure' yang telah ditetapkan. Untuk memastikan setiap proses samaada di bahagian Pengeluaran atau Pentadbiran mematuhi piawaian ISO, setiap tahun akan diadakan sesi audit dalaman ISO oleh kumpulan juruaudit dalaman ISO yang terlatih dan sesi audit oleh pihak SIRIM QAS. Dengan adanya persijilan ISO 9001:2008 dan praktis yang dijalankan menjamin Kualiti Produk Adabi yang terbaik dan memuaskan keperluan pelanggannya.

PERANUGERAHAN PENCAPAIAN KUALITI PRODUK

�� MIFT Highly Commended Product 2005 (Malaysia Food Industry)
�� Superbrand 2005 Status (Reader's Digest Malaysia)
�� Superbrand 2002 Status (Malaysian Superbrands Council)
�� International Food & Beverage Award (New Millennium Award – Paris, 2000)
�� Anugerah Kecemerlangan Industri (1999)
�� Anugerah Kecemerlangan Industri (2002)
�� Anugerah Produk Terpuji (Malaysian Institute of Food Technology - 1997)
�� MS ISO 9001: 2000 (by SIRIM Bhd)
�� Special Award - Innovative Product (by MITI)
RANGKAIAN CAWANGAN DALAM NEGERI
Rangkaian pengedaran produk Adabi juga telah dikembangkan dan, sehingga kini terdapat 13 rangkaian syarikat gabungan yang bertindak sebagai agen atau  pusat jualan dan pengedaran produk keluaran Adabi. Bermula dari utara Semenanjung hinggalah ke Negeri di bawah Bayu.
       I.                        Baktisan Pertama Sdn Bhd – Sungai Petani, Kedah.
    II.                        Adabi Penang Distribution Sdn. Bhd. – Pulau Pinang.
 III.                        Berkat Serbaguna Sdn. Bhd. – Ipoh, Perak.
 IV.                        Bekal Baru Sdn. Bdn. – Selayang, Selangor.
    V.                        Alzas Edar Sdn. Bhd. – Kepong, Selangor.
 VI.                        Adabi Consumer Industries HTO Sdn. Bhd – Batu Caves, Selangor.
VII.                        Adabi NS Trading Sdn. Bhd. – Senawang, Negeri Sembilan.
VIII.                        Nyala Satria Sdn. Bhd. – Muar, Johor.
 IX.                        Produk Optima Sdn. Bhd. – Johor Bahru, Johor.
    X.                        Amalan Sanjung Sdn. Bhd. – Kota Bharu, Kuala Trengganu.
 XI.                        Adabi Distribution Sdn. Bhd – Mentakap, Pahang.
XII.                        Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd – Kota Kinabalu,Sabah.
XIII.                        Stasuria Enterprise Sdn. Bhd. – Kuching, Miri, Serawak.
RANGKAIAN CAWANGAN LUAR NEGARA
PT Multi Alam Prima Rasa adalah 92% dimiliki oleh ACISB. Baki ekuiti dipegang oleh warga Indonesia. Perniagaan Multi Alam Prima Rasa di Medan adalah diselenggara oleh En. Iskandar Muda HSB, yang juga bertindak sebagai Perunding Pemasaran. Medan telah dipilih sebagai pintu masuk utama produk-produk Adabi, yang mana Adabi bukan sahaja dikenali oleh penduduk tempatan melalui pemancaran TV Malaysia. Permintaan untuk produk-produk Adabi adalah menggalakkan dan pelbagai persediaan sedang dibuat untuk produk-produk dapat diagihkan ke daerah-daerah Indonesia yang lain.
Perniagaan beroperasi sebagai pengimport produk-produk of ADABI untuk Indonesia. P.T. Multi Alam Prima Rasa ditubuhkan pada Januari 1994 bagi memudahkan proses ekspot produk-produk Adabi ke Indonesia. Pada ketika ini, Multi Alam Prima Rasa mendaftarkan 11 produk-produk Adabi dengan BPOM RI MLdan setiap hasil keluaran ditandakan dengan nombor perdagangan yang sah. Semenjak itu pelbagai produk-produk Adabi telah dibawa ke Indonesia, terutamanya ke Medan dan Sumatera.
KESIMPULAN
Pengeluaran produk – produk yang berkualiti lagi halal telah membuat jenama Adabi mendapat tempat dihati pengguna di Malaysia dan tetangganya, ditambah pula dengan kepelbagaian jenis produk untuk isi rumah. Sejajar dengan perkembangan Adabi yang telah pun berusia 25 tahun maka penambahan rangkaian produk baru keluaran Adabi telah meningkat tahun demi tahun, demi memenuhi permintaan pasaran, terutamanya bagi segmen produk HALAL.

Wednesday, April 11, 2012

Peranan Pengguna :

Selain peranan daripada pihak kerajaan dan organisasi...pengguna juga perlu memainkan peranan mereka dalam memantau keselamatan produk.... HAK MEMASTIKAN KESELAMATAN :


Maklum balas pengguna cegah kemalangan akibat kecuaian pengeluar KAJIAN menunjukkan sekurang-kurangnya setengah daripada kecederaan berkaitan produk boleh dielakkan jika pengguna menggunakan produk dengan bertanggungjawab.

Apakah yang pengguna boleh lakukan untuk memenuhi tanggungjawab ini?

Pengguna hendaklah:

 1) Memeriksa ciri-ciri keselamatan barang dagangan sebelum membeli. Ada beberapa model bagi setiap jenis produk.

Pengguna boleh membuat pilihan.

Mereka perlu membandingkan ciri pelbagai produk itu dan sebagai suatu amalan rutin pertimbangkan keselamatan relatif produk itu.

Sebagai contoh, bukan semua soket elektrik yang dijual mempunyai suis keselamatan yang bertindak sendiri apabila palam ditanggalkan.

Demi keselamatan, soket bercirikan keselamatan lebih digemari.

2) Tanya penjual mengenai ciri keselamatan produk sebelum membelinya.

Penjual biasanya menyimpan pelbagai jenis produk dan mereka tentu bersedia memberi maklumat berguna mengenai prestasi produk dan ciri-ciri keselamatannya.

3) Pengguna hendaklah mengambil daya usaha dan peluang bertanya kepada penjual itu mengenai produk yang disogokkan, terutama mengenai ciri-ciri keselamatan.

4) Lengkapkan dan kembalikan kad pendaftaran produk yang dibeli supaya anda dapat diberitahu jika ada kes penarikan semula produk.

Memang ada berlaku kerosakan pada produk dan pengeluar, khususnya yang ada reputasi pernah menarik balik atau mengeluarkan maklumat lanjut mengenai penggunaan produk yang betul.

5) Mengembalikan kad pendaftaran beralamat membolehkan pengeluar menghubungi pembeli apabila berlaku sesuatu masalah pada produk.

Kadangkala pengeluar memerlukan kad pendaftaran itu sebagai syarat bagi melaksanakan kewajipannya berhubung jaminan yang termaktub.

Dalam kes seperti ini, pengembalian kad pendaftaran menguntungkan pengguna iaitu mereka menaruh keyakinan pada jaminan yang dinyatakan tanpa perbalahan.

6) Baca dengan teliti label produk dan keterangan serta label amaran.

Produk pengguna biasanya mempunyai maklumat berguna dan amaran mengenai produk.

Dalam kes ubat-ubatan yang dijual di kaunter misalnya, rumusan pakej tersedia dalam bungkusan ubat berkenaan memberi banyak maklumat berguna.

Petanda ini bagi menentukan ubat mana yang harus digunakan, dosnya mengikut lingkungan umur, dan petanda kontra (keadaan yang ubat tidak boleh digunakan seperti kehamilan, penyusuan badan, penyakit tertentu, beralkohol atau ketika memandu) perlu diberi perhatian.

Contohnya, label makanan memberi maklumat berguna bagi mereka yang mengalami alahan pada sesetengah kandungannya.

7) Baca dan patuhi maklumat mengenai penggunaan produk dengan cermat.

Banyak produk hanya selamat apabila digunakan mengikut garis panduan dan keterangan yang diberi.

Sesetengah barangan elektrik selamat hanya apabila digunakan dalam jangka masa tertentu. Dengan bertambah jangka hayat, lama masa penggunaan produk perlu dikurangkan.

Seterika terlalu panas dan pengering rambut penyebab berlaku kebakaran dan kecederaan serta kerosakan di rumah. dirol.gif

Gunakan produk seperti ditetapkan dengan cermat dan berhati-hati.

Produk biasanya untuk suatu kegunaan saja.

Sesetengahnya sesuai untuk beberapa kegunaan.

Tiada produk yang selamat untuk semua penggunaan.

Penting menggunakan alat yang betul untuk melakukan sesuatu kerja selain mengetahui kebolehan seseorang itu berbeza di antara satu sama lain.

Kanak-kanak harus dilindungi. Banyak pihak pengeluar secara sedar menyediakan label seperti ‘tidak selamat digunakan oleh kanak-kanak’ atau ‘jauhi daripada kanak-kanak’.

Namun, ramai ibu bapa gagal mematuhi amaran ini. 9) Laksanakan tanggungjawab peribadi bagi kewaspadaan normal apabila menggunakan produk.

Tanpa mengira berat beban undang-undang yang mungkin dikenakan ke atas pengeluar, hakikatnya keselamatan adalah tanggungjawab peribadi setiap pengguna.

Semua produk boleh menyebabkan berlaku kecederaan dan pengguna mesti sedar hal itu.

Keprihatinan khusus diperlukan apabila menggunakan peralatan seperti kenderaan motor, barangan elektrik dan kimia serta ubat-ubatan.

10) Maklumkan kepada peruncit, pembuat dan organisasi pekerja atau pihak ketiga lain apabila produk tidak beroperasi dengan selamat.

Pengeluar, terutama syarikat besar menyediakan sistem untuk memantau prestasi produk mereka selepas jualan.

Sistem ini banyak bergantung pada maklum balas pengguna dan demi kepentingan penggunalah maklum balas ini diberikan.

Pengguna sering gagal melaksanakan hak mereka – hak membuat aduan!

Walaupun yang mengadu kurang, tindakan mereka bermanfaat bukan saja kepada mereka sendiri, malah orang ramai.

Surat aduan dihantar kepada pihak berkenaan dan jika tidak diberi perhatian, hantarkan kepada akhbar dan agensi kerajaan.

11) Kenal pasti kelemahan produk dan laporkan kepada pihak berkenaan.

Memaklumkan kepada pihak berkenaan boleh memberi banyak manfaat.

Aduan pengguna boleh membawa kepada rampasan beberapa jenis krim pemutih kulit yang mengandungi bahan hydroquinone daripada salun kecantikan.

Penggunaan hydroquinone ini amat berbahaya, khususnya bagi penduduk di kawasan tropika kerana kekerapan mereka terdedah pada cahaya matahari.

Bahan berlebihan dalam badan boleh mengeluarkan tinnitus, selain menyebabkan tremors, deria kesesakan nafas, muntah, ketegangan otot, pening, sawan atau koma akibat kegagalan sistem pernafasan.

Hydroquinone diharamkan Kesatuan Eropah.

12) Beri maklum balas kepada penarikan semula.

Penarikan semula produk dilakukan pengeluar dan peruncit apabila diarahkan kerajaan atau mereka sendiri kerana wujud kelemahan pada produk dijual.

Penarikan semula produk hanya berkesan apabila pengguna memberi maklum balas kepada usaha itu dan mengembalikan barang yang dibeli.

Pengguna biasanya tidak segera memberi maklum balas kepada penarikan semula produk kerana berpendapat produk mereka itu selamat dan berprestasi baik.

Ini bermakna suatu bencana sedang menunggu untuk berlaku.

13) Sokong usaha memperbaiki keselamatan bagi semua pengguna.

Keselamatan adalah keprihatinan ramai dan segala usaha berhubung keselamatan harus diteruskan.

Setiap hari, produk baru memasuki pasaran dan pengguna serta organisasi pengguna harus sentiasa waspada.

Pengeluar dan kerajaan begitu responsif apabila ada permintaan daripada pengguna terhadap pembaikan undang-undang keselamatan dan penguatkuasaan.

Setiap orang harus menyokong usaha memperbaiki keselamatan supaya semua selamat.

Pengguna perlulah bertanggungjawab bagi keselamatan mereka.

Bagi mencapainya, mereka perlu prihatin dan waspada serta memastikan wujudnya rejim keselamatan produk untuk menyekat produk tidak selamat sampai ke pasaran.

 SUMBER :
Sambungan.....

 MAKMAL YANG DIIKTIRAF Di Malaysia, setakat ini terdapat lima buah makmal yang memohon pengiktirafan Jabatan Standard Malaysia bagi mendapatkan status makmal diakreditasi bagi pengujian produk permainan.

Pengiktirafan makmal ini penting bagi memastikan pengujian produk ini dilakukan dengan betul dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

"Beberapa prosedur perlu dilalui oleh pengeluar, pengimport atau pembungkus semula sebelum tanda pematuhan MC dapat digunakan.

Mereka perlu membuat pengujian produk terlebih dahulu di mana-mana makmal yang diakreditasi. 

"Pengujian boleh dibuat sama ada di Malaysia atau luar negara yang diakreditasi melalui perjanjian International Laboratory Accreditation Cooperation (ILAC) dan Asia Pacific Laboratory Cooperation (APLAC).

Senarai makmal ini boleh dilihat dengan melayari laman web www.ilac.org dan www.aplac.org ", ujar beliau.

Setelah pengujian dijalankan dan laporan pengujian diluluskan, pengeluar boleh mengemukakan pengisytiharan 'certificate of conformity' kepada Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNKK untuk mendapatkan nombor rujukan dan seterusnya membuat penandaan logo MC pada produk sebelum dipasarkan.

Beberapa aspek tertentu akan diambil kira semasa pengujian dilakukan, yang antaranya bahan yang digunakan.

Malah bagi permainan untuk kanak-kanak 0 hingga tiga tahun pengujian yang dilakukan lebih menyeluruh berbanding produk permainan lain.

PERLINDUNGAN UNTUK PENGGUNA Penandaan ini sebagai bukti produk permainan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak dan pengguna tidak perlu risau dengan tahap keselamatan.

Menurut Mohana Priya dari Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia, penandaan ini adalah satu langkah yang penting dalam memastikan keselamatan alat permainan kanak-kanak.

Ini kerana sebelum ini alat permainan yang berada di pasaran tidak berkualiti dan sebahagiannya mengandungi bahan yang berbahaya seperti plumbum.

Mohana berkata didikan melalui media massa juga penting untuk memastikan pengguna mendapat maklumat yang betul ketika membeli alat permainan kanak-kanak.

Tinjauan Bernama di pasaraya dan kedai menjual alat permainan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang mendapati kebanyakan alat permainan telah mempunyai tanda pematuhan MC.

Bagi KPDNKK, penandaan logo MC bertujuan untuk menjaga kebajikan pengguna selain sebagai penanda aras yang membuktikan produk permainan yang berada di pasaran tempatan adalah produk yang berkualiti dan pengguna tidak perlu ragu-ragu tentang keselamatannya.

Pihak industri diseru agar segera melaksanakan penandaan tanda pematuhan ini ke atas produk permainan mereka sebelum dikenakan tindakan penalti.

Pihak KPDNKK juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk proses penandaan ini.

 Bagi pihak industri yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perlaksanaan peraturan itu boleh melayari laman web www.kpdnkk.gov.my atau e-mel ke toys@kpdnkk.gov.my, atau hubungi Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNKK di talian 03-88825886 5862/ 5850/ 5968/ 5599/ 5959 atau faksimili 03-88826960.

Keselamatan Produk Mainan :


Kerajaan Malaysia sememangnya mementingkan keselamatan produk yang dikeluarkan di negara ini.

Selain produk makanan dan kesihatan, peralatan mainan juga perlu lulus dalam pemeriksaan sebelum dijual di pasaran di Malaysia.

 Malaysia Conformity (MC) Penanda Aras Keselamatan Alatan Permainan Kanak-kanak Oleh Siti Syawana Misni dan Nooralisa Basiron PUTRAJAYA, 19 April (Bernama) -- Ada sesetengah alat permainan kanak-kanak direka khas untuk merangsang perkembangan otak si-kecil.

Namun, sejauh mana alat permainan itu selamat digunakan?. Keadaan ini tambah membimbangkan dengan laporan media mengenai kemalangan yang berpunca daripada barang permainan kanak-kanak. 

Isu penarikan balik alat permainan oleh beberapa badan standard antarabangsa seperti Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (US CPSC) di pasaran global sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan ia turut dipandang serius oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan persatuan-persatuan pengguna Malaysia.

Malahan, dilaporkan hampir 47.7 juta produk permainan yang ditarik balik dari pasaran global kebanyakannya di pasaran Amerika Syarikat manakala 18 juta daripada jumlah itu dikilangkan di China. 


Penarikan produk permainan ini berpunca daripada kandungan bahan kimia terutama plumbum dan logam yang terdapat pada produk dan komponen permainan yang kurang berkualiti yang boleh membahayakan kanak-kanak, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Standard Kepenggunaan, KPDNKK Rashinah Abdul Hamid memberitahu Bernama baru-baru ini.

PENGUATKUASAAN TANDA PEMATUHAN Beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Singapura dan Albania telah meluluskan peraturan keselamatan alat permainan kanak-kanak sejak tahun 2007, bagi memastikan produk permainan yang masuk ke pasaran berkualiti dan selamat kepada pengguna.

Malaysia pernah sebelum ini membangunkan beberapa standard berkaitan produk permainan namun ia tidak dikuatkuasakan.

Standard ini lebih bersifat sukarela, iaitu pengeluar boleh membuat pemilihan sama ada mahu meletakkan tanda standard ini pada produk permainan mereka ataupun tidak.


Namun, demi memastikan keselamatan pengguna Malaysia terjamin, KPDNKK telah mewajibkan penggunaan tanda pematuhan Malaysia Conformity (MC) untuk semua alat permainan sama ada yang dikilangkan dalam negara atau diimport sejak 1 Ogos 2010, katanya. "Pihak kami telah melakukan penguatkuasaan tanda pematuhan MC ini secara berperingkat.

Ini bagi memudahkan pihak pengeluar untuk melakukan persediaan", katanya.

Beberapa syarat perlu dipatuhi oleh pengeluar semasa melakukan penandaan pematuhan MC ini iaitu ia perlu ditandakan pada permainan tersebut atau pada bungkusan dengan jelas, mudah dibaca oleh pengguna dan tidak mudah ditanggalkan.

Syarikat Yang Meluluskan Produk :


SIRIM :

 Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia SIRIM Berhad Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia atau SIRIM Berhad (Standard & Industrial Research Institute of Malaysia) ialah sebuah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia.

SIRIM ditubuhkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada tahun 1975 di bawah Akta SIRIM (Incorporation) 157.

Badan ini bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam pelbagai disiplin terutamanya teknologi di Malaysia.

 Antara barangan yang mendapat kelulusan : Keselamatan Produk Hologram


Pastikan terdapat hologram yang tulen dari Dunia Herbs pada setiap kotak produk yang dibeli. Untuk memastikan ianya tulen, koyakkan hologram ini dan ia akan meninggalkan kesan perkataan 'DUNIA HERBS' pada kotak seperti gambarajah di bawah :


Ciri-ciri Keselamatan Pada Tiub (Losyen) Jika anda membeli losyen, pastikan terdapat kesan logo Dunia Herbs di atas penutup tiub losyen.


Ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada tiub ialah kesan tulisan timbul (emboss) pada tulisan 'Mustajab' seperti di dalam kotak yang berwarna putih pada gambarajah di bawah :


Pada belakang tiub pula, terdapat kesan tulisan timbul (emboss) 'Dunia Herbs' yang tidak kelihatan dengan mata kasar ianya hanya boleh dirasa dengan sentuhan jari anda. Kedudukan (emboss) ini seperti di dalam kotak yang berwarna biru pada gambarajah di bawah :

Senarai Jenama Produk Buatan Malaysia :


Prepared Food
BRAHIM'S Dewina Food Industries Sdn Bhd View Profile
CAROTINO Carotino Sdn Bhd View Profile
PACIFIC WEST Golden Fresh Sdn Bhd View Profile
MAMEE Pacific Food Products Sdn Bhd View Profile
BERYL'S Beryl's Chocolate & Confectionery Sdn Bhd View Profile
MUNCHY'S Munchy Food Industries Sdn Bhd View Profile
MALAPINE Pineapple Cannery of Malaysia Sdn Bhd View Profile
SERIMAS MM Vitaoils Sdn Bhd View Profile
HIGH5 Standard Confectionery Sdn Bhd View Profile
KAWAN KG Pastry Marketing Sdn Bhd View Profile
KART'S Kart Food Industries Sdn Bhd View Profile
ASIAN MEALS Care Food Industries Sdn Bhd View Profile
MISTER POTATO Kilang Makanan Mamee Sdn Bhd View Profile
STAAG WORLDFOODS Asian Asset Group Sdn Bhd View Profile
GHEE HIANG Ghee Hiang Manufacturing Co. Sdn Bhd View Profile Beverages
POWER ROOT Power Root (M) Sdn. Bhd. View Profile
NUTRIFRES Nutrifres Food & Beverages Industries Sdn. Bhd. View Profile
IN-COMIX In-Comix Food Industries Sdn. Bhd. View Profile
VIGOR POWER Jeenhuat Foodstuffs Industries Sdn. Bhd. View Profile Consumer / Industrial Electrical & Electronic Products
PENSONIC Pensonic Holdings Bhd View Profile
DUNHAM-BUSH Dunham-Bush (M) Sdn. Bhd View Profile http://www.matrade.gov.my/cms/brand/images/LOGO%2092%20X%2051%20px/acson.jpg ACSON OYL Manufacturing Company Sdn. Bhd. View Profile
FUJIAIRE Fujiaire (M) Sdn. Bhd. View Profile
KHIND Khind-Mistral Industries Sdn Bhd View Profile http://www.matrade.gov.my/cms/brand/images/LOGO%2092%20X%2051%20px/focus-dynamics.jpg FOCUS DYNAMICS Focus Dynamics Drives Sdn Bhd View Profile http://www.matrade.gov.my/cms/brand/images/LOGO%2092%20X%2051%20px/yokohama.jpg YOKOHAMA Tai Kwong - Yokohama Battery Industries Sdn. Bhd. View Profile
JOVEN Joven Electric Co. Sdn. Bhd. View Profile Pharmaceuticals, Toiletries & Cosmetics http://www.matrade.gov.my/cms/brand/images/LOGO%2092%20X%2051%20px/appeton.jpg APPETON Kotra Pharma (M) Sdn Bhd View Profile http://www.matrade.gov.my/cms/brand/images/LOGO%2092%20X%2051%20px/ellgy-plus.jpg ELLGY PLUS Hoe Pharmaceuticals Sdn Bhd View Profile
BEAUBELLE Beaubelle Worldwide Sdn Bhd View Profile MELILEA Melilea (M) Sdn Bhd View Profile Gifts, Souvenirs & Jewellery
HABIB Habib Jewels Sdn Bhd View Profile http://www.matrade.gov.my/cms/brand/images/LOGO%2092%20X%2051%20px/royal-selangor.jpg ROYAL SELANGOR Royal Selangor International Sdn Bhd View Profile
COMYNS Comyns (M) Sdn Bhd View Profile
ARCH Arch Collection Sdn Bhd View Profile Maklumat lanjut anda boleh layari laman web :

Rencana Produk Malaysia

Antara rencana mengenai Isu Keselamatan Produk Pengguna Di Malaysia : Isu Keselamatan Produk Pengguna Di Malaysia

16 Mac 2009 Sejak tahun 2006, penduduk di Malaysia telah menyaksikan pelbagai skandal keselamatan produk pengguna di Malaysia dan antarabangsa bermula dengan keracunan makanan di sekolah...

Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) telah berdaftar dan menerima notifikasi melalui e-mel .... daripada pelbagai agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang luar negeri seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Jepun dan Korea.

Sayang sekali kemudahan notifikasi sedemikian tidak disediakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan di Malaysia.

Para pengguna di negara-negara tersebut di atas kerap dimaklumkan tentang produk-produk yang tidak selamat dan yang telah dikeluarkan arahan penarikan balik daripada pasaran oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Tetapi di Malaysia, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan tidak berbuat demikian.

Kebanyakan produk yang ditentukan tidak selamat di negara-negara tersebut di atas tidak dikawal oleh mana-mana undang-undang di Malaysia.

Di kalangan produk-produk tersebut adalah lampu, bateri dan sehingga hari ini alat permainan kanak-kanak.

Kita telah ‘bermain’ dengan Peraturan Keselamatan Alat Permainan Kanak-kanak sejak tahun 2002. 

Membelakangkan krisis keselamatan alat-alat permainan pada tahun 2007, Standards Users dan Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) telah mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menghidupkan semula kerja-kerja penggubalan peraturan keselamatan alat permainan yang terhenti pada tahun 2002.

Kini hampir dua tahun selepas krisis keselamatan alat-alat permainan bermula, implementasi peraturan tersebut telah ditangguhkan berkali-kali.

Selepas notifikasi Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa atau WTO, peraturan tersebut dikatakan diperingkat akhir mengenalpasti kod HS untuk tujuan kawalan Kastam.

Kami dimaklumkan oleh KPDNHEP bahawa peraturan keselamatan alat-alat permainan akan dilaksanakan hujung bulan Mac 2009.

Standards Users sangat kecewa atas kelewatan dalam implementasi peraturan tersebut yang mengambil masa selama dua tahun (atau sejumlah 7 tahun), memandangkan isu ini penting dan perlu ditangani dengan kadar yang segera.

Peraturan tidak perlu diluluskan di Parlimen, maka tidak patut mengambil masa yang lama untuk diimplementasi oleh KPDNHEP.

Ada beberapa Akta (yang perlu diperdebat dan diluluskan di Parlimen) diwartakan lebih cepat daripada peraturan tersebut di atas.

Hari ini pun dua e-mel telah diterima oleh Standards Users daripada USCPSC dan Health Canada, bahawa mereka telah menarik balik 180,000 buah alat permainan kanak-kanak akibat bahaya tercekik.

Kerajaan Amerika Syarikat telah menarik balik 210,000 pasang selipar kanak-kanak kerana kandungan Plumbum yang tinggi.

Standards Users percaya bahawa walaupun model produk yang sama tidak dijual di Malaysia tetapi jenis produk yang sama mungkin terdapat di pasaran di Malaysia dan mungkin mempunyai bahaya yang sama. 

Tetapi siapa yang mengujinya?

Agensi-agensi berkaitan tidak melakukan apa-apa selagi sesuatu produk dikawal di bawah Peraturan atau akta-akta tertentu.

Sehingga sesuatu produk itu dikawal melalui perundangan, sehingga itu tiada tindakan daripada mana-mana pihak.

Tetapi ini tidak benar! KPDNHEP mempunyai bidangkuasa ke atas perlaksaan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Di bawah seksyen 19 Akta tersebut, Menteri KPDNHEP mempunyai kuasa menjadikan sesuatu standard sukarela (voluntari) yang relevan sebagai standard mandatori.

Di bawah seksyen 23 pula Menteri mempunyai kuasa menarik balik / melarang penjualan sesuatu produk yang tidak selamat.

Semenjak tahun 1999 Akta Perlindungan Pengguna diwartakan, berapakah jumlah standard yang dijadikan mandatori dan berapakah jumlah produk yang ditarik balik daripada pasaran menggunakan Akta tersebut. 

Tiada! Kami tidak tahu apakah yang ditunggu dan untuk berapa lama supaya tindakan diambil di bawah Akta tersebut ke atas produk yang tidak selamat di pasaran.

Standards Users telah menghantar beberapa lagi alat-alat permainan kanak-kanak untuk diuji.

Walaupun kandungan Plumbum yang diuji tidak melebihi had tetapi, alat permainan tersebut mempunyai bahaya mencekik.

Sesetengah alat pula mempunyai hujung tajam yang boleh menyebabkan luka pada kanak-kanak.

Kami tidak pasti tentang jumlah kanak-kanak yang tercedera atau dimasukkan dalam wad akibat kecederaan disebabkan alat permainan.

Tiada kajian dilakukan oleh mana-mana universiti walaupun selepas krisis keselamatan alat-alat permainan 2007.

Kumpulan Kajian Kepentingan Orang Awam di Amerika Syarikat (USPIRG) akan menerbitkan laporan kecederaan alat permainan kanak-kanak setiap tahun.

Mereka mengumpul data daripada wad kecemasan dan hospital serta klinik untuk mendapatkan data tersebut.

Data sedemikian di Malaysia boleh membantu Standards Users menjustifikasi keperluan standard mandatori ataupun peraturan keselamatan produk pengguna.

Kami berharap pengguna pula akan tampil melaporkan sebarang kejadian / kecederaan yang dialami oleh anak-anak atau kanak-kanak di bawah jagaan mereka disebabkan oleh sebarang produk merbahaya, kepada Standards Users atau PUsat Khdimat Aduan Pengguna Kebangsaan (NCCC).

Ini membolehkan Standards Users mempunyai data yang sah dan mengambil tindakan seterusnya bersama-sama dengan agensi-agensi berkaitan.

Sejak tahun 2006, penduduk di Malaysia telah menyaksikan pelbagai skandal keselamatan produk pengguna di Malaysia dan antarabangsa bermula dengan keracunan makanan di sekolah sehinggalah pencemaran mentega kacang dengan bakteria Salmonella pada tahun ini, 2009.

Sejak krisis keselamatan alat permainan kanak-kanak pada tahun 2007, Amerika Syarikat, Kanada dan Kesatuan Eropah telah mengambil langkah-langkah memperbaiki lagi peraturan keselamatan produk di negara masing-masing.

Tindakan yang paling ketara adalah Akta Penambahbaikan Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (atau US Consumer Product Safety Improvement Act).

Deretan skandal keselamatan makanan baru-baru ini telah mendesak tinjauan semula dan penambahbaikan tugas dan tanggungjawab badan Pentadbiran Makanan dan Dadah (Food and Drug Administration – FDA) Amerika Syarikat, dari segi undang-undang dan peruntukan kewangan.

FDA telah dikritik oleh pengguna dan industri di Amerika Syarikat ke atas pencemaran bekalan mentega kacang daripada Peanut Corporation of America (PCA) akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009.

Laporan menyatakan bahawa FDA tidak meningkatkan kekerapan pemeriksaan ke atas kilang PCA walaupun kunjungan pada tahun 2007 menunjukkan bukti pencemaran bakteria Salmonella pada masa itu. 

Undang-undang di bawah FDA dan hasil kajian FDA pula kerap dirujuk oleh agensi-agensi yang berkenaan di Malaysia, terutamanya Bahagian Kawalan Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKKM) dan Badan Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Selepas pelbagai masalah keselamatan makanan beberapa tahun kebelakangan ini, Amerika Syarikat, China dan Kesatuan Eropah (pengeksport dan pengimport) telah meninjau dan mengetatkan lagi peraturan berkaitan keselamatan makanan.

 Sumber :
 
Blog Template by Delicious Design Studio