Powered By Blogger
Free Dallas Cowboys Helmet Cursors at www.totallyfreecursors.com

Kata Alu-aluan saya

Hai semua pengguna...kita sebagai pengguna harus bertindak dengan bijak untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik.

Wednesday, April 11, 2012

Rencana Produk Malaysia

Antara rencana mengenai Isu Keselamatan Produk Pengguna Di Malaysia : Isu Keselamatan Produk Pengguna Di Malaysia

16 Mac 2009 Sejak tahun 2006, penduduk di Malaysia telah menyaksikan pelbagai skandal keselamatan produk pengguna di Malaysia dan antarabangsa bermula dengan keracunan makanan di sekolah...

Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) telah berdaftar dan menerima notifikasi melalui e-mel .... daripada pelbagai agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang luar negeri seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Jepun dan Korea.

Sayang sekali kemudahan notifikasi sedemikian tidak disediakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan di Malaysia.

Para pengguna di negara-negara tersebut di atas kerap dimaklumkan tentang produk-produk yang tidak selamat dan yang telah dikeluarkan arahan penarikan balik daripada pasaran oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Tetapi di Malaysia, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan tidak berbuat demikian.

Kebanyakan produk yang ditentukan tidak selamat di negara-negara tersebut di atas tidak dikawal oleh mana-mana undang-undang di Malaysia.

Di kalangan produk-produk tersebut adalah lampu, bateri dan sehingga hari ini alat permainan kanak-kanak.

Kita telah ‘bermain’ dengan Peraturan Keselamatan Alat Permainan Kanak-kanak sejak tahun 2002. 

Membelakangkan krisis keselamatan alat-alat permainan pada tahun 2007, Standards Users dan Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) telah mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menghidupkan semula kerja-kerja penggubalan peraturan keselamatan alat permainan yang terhenti pada tahun 2002.

Kini hampir dua tahun selepas krisis keselamatan alat-alat permainan bermula, implementasi peraturan tersebut telah ditangguhkan berkali-kali.

Selepas notifikasi Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa atau WTO, peraturan tersebut dikatakan diperingkat akhir mengenalpasti kod HS untuk tujuan kawalan Kastam.

Kami dimaklumkan oleh KPDNHEP bahawa peraturan keselamatan alat-alat permainan akan dilaksanakan hujung bulan Mac 2009.

Standards Users sangat kecewa atas kelewatan dalam implementasi peraturan tersebut yang mengambil masa selama dua tahun (atau sejumlah 7 tahun), memandangkan isu ini penting dan perlu ditangani dengan kadar yang segera.

Peraturan tidak perlu diluluskan di Parlimen, maka tidak patut mengambil masa yang lama untuk diimplementasi oleh KPDNHEP.

Ada beberapa Akta (yang perlu diperdebat dan diluluskan di Parlimen) diwartakan lebih cepat daripada peraturan tersebut di atas.

Hari ini pun dua e-mel telah diterima oleh Standards Users daripada USCPSC dan Health Canada, bahawa mereka telah menarik balik 180,000 buah alat permainan kanak-kanak akibat bahaya tercekik.

Kerajaan Amerika Syarikat telah menarik balik 210,000 pasang selipar kanak-kanak kerana kandungan Plumbum yang tinggi.

Standards Users percaya bahawa walaupun model produk yang sama tidak dijual di Malaysia tetapi jenis produk yang sama mungkin terdapat di pasaran di Malaysia dan mungkin mempunyai bahaya yang sama. 

Tetapi siapa yang mengujinya?

Agensi-agensi berkaitan tidak melakukan apa-apa selagi sesuatu produk dikawal di bawah Peraturan atau akta-akta tertentu.

Sehingga sesuatu produk itu dikawal melalui perundangan, sehingga itu tiada tindakan daripada mana-mana pihak.

Tetapi ini tidak benar! KPDNHEP mempunyai bidangkuasa ke atas perlaksaan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Di bawah seksyen 19 Akta tersebut, Menteri KPDNHEP mempunyai kuasa menjadikan sesuatu standard sukarela (voluntari) yang relevan sebagai standard mandatori.

Di bawah seksyen 23 pula Menteri mempunyai kuasa menarik balik / melarang penjualan sesuatu produk yang tidak selamat.

Semenjak tahun 1999 Akta Perlindungan Pengguna diwartakan, berapakah jumlah standard yang dijadikan mandatori dan berapakah jumlah produk yang ditarik balik daripada pasaran menggunakan Akta tersebut. 

Tiada! Kami tidak tahu apakah yang ditunggu dan untuk berapa lama supaya tindakan diambil di bawah Akta tersebut ke atas produk yang tidak selamat di pasaran.

Standards Users telah menghantar beberapa lagi alat-alat permainan kanak-kanak untuk diuji.

Walaupun kandungan Plumbum yang diuji tidak melebihi had tetapi, alat permainan tersebut mempunyai bahaya mencekik.

Sesetengah alat pula mempunyai hujung tajam yang boleh menyebabkan luka pada kanak-kanak.

Kami tidak pasti tentang jumlah kanak-kanak yang tercedera atau dimasukkan dalam wad akibat kecederaan disebabkan alat permainan.

Tiada kajian dilakukan oleh mana-mana universiti walaupun selepas krisis keselamatan alat-alat permainan 2007.

Kumpulan Kajian Kepentingan Orang Awam di Amerika Syarikat (USPIRG) akan menerbitkan laporan kecederaan alat permainan kanak-kanak setiap tahun.

Mereka mengumpul data daripada wad kecemasan dan hospital serta klinik untuk mendapatkan data tersebut.

Data sedemikian di Malaysia boleh membantu Standards Users menjustifikasi keperluan standard mandatori ataupun peraturan keselamatan produk pengguna.

Kami berharap pengguna pula akan tampil melaporkan sebarang kejadian / kecederaan yang dialami oleh anak-anak atau kanak-kanak di bawah jagaan mereka disebabkan oleh sebarang produk merbahaya, kepada Standards Users atau PUsat Khdimat Aduan Pengguna Kebangsaan (NCCC).

Ini membolehkan Standards Users mempunyai data yang sah dan mengambil tindakan seterusnya bersama-sama dengan agensi-agensi berkaitan.

Sejak tahun 2006, penduduk di Malaysia telah menyaksikan pelbagai skandal keselamatan produk pengguna di Malaysia dan antarabangsa bermula dengan keracunan makanan di sekolah sehinggalah pencemaran mentega kacang dengan bakteria Salmonella pada tahun ini, 2009.

Sejak krisis keselamatan alat permainan kanak-kanak pada tahun 2007, Amerika Syarikat, Kanada dan Kesatuan Eropah telah mengambil langkah-langkah memperbaiki lagi peraturan keselamatan produk di negara masing-masing.

Tindakan yang paling ketara adalah Akta Penambahbaikan Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (atau US Consumer Product Safety Improvement Act).

Deretan skandal keselamatan makanan baru-baru ini telah mendesak tinjauan semula dan penambahbaikan tugas dan tanggungjawab badan Pentadbiran Makanan dan Dadah (Food and Drug Administration – FDA) Amerika Syarikat, dari segi undang-undang dan peruntukan kewangan.

FDA telah dikritik oleh pengguna dan industri di Amerika Syarikat ke atas pencemaran bekalan mentega kacang daripada Peanut Corporation of America (PCA) akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009.

Laporan menyatakan bahawa FDA tidak meningkatkan kekerapan pemeriksaan ke atas kilang PCA walaupun kunjungan pada tahun 2007 menunjukkan bukti pencemaran bakteria Salmonella pada masa itu. 

Undang-undang di bawah FDA dan hasil kajian FDA pula kerap dirujuk oleh agensi-agensi yang berkenaan di Malaysia, terutamanya Bahagian Kawalan Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKKM) dan Badan Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Selepas pelbagai masalah keselamatan makanan beberapa tahun kebelakangan ini, Amerika Syarikat, China dan Kesatuan Eropah (pengeksport dan pengimport) telah meninjau dan mengetatkan lagi peraturan berkaitan keselamatan makanan.

 Sumber :

0 ulasan:

 
Blog Template by Delicious Design Studio