Powered By Blogger
Free Dallas Cowboys Helmet Cursors at www.totallyfreecursors.com

Kata Alu-aluan saya

Hai semua pengguna...kita sebagai pengguna harus bertindak dengan bijak untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik.

Wednesday, April 11, 2012

Kenyataan Tentang Produk Malaysia

Setiap produk yang dikleuarkan oleh mana - mana organisasi haruslah mempunyai ciri - ciri keselamatan.

Ini supaya semua pengguna yang membeli produk tersebut dapat menggunakannya dengan selamat.

Jadi bagaimana tahap keselamatan produk - produk yang di keluarkan oleh organisasi di negara kita, dan siapakah yang memainkan peranan untuk memantau tahap keselamatan produk ini??

Kenyataan tentang Produk Malaysia :

PRODUK MALAYSIASelama ini kerajaan dan menteri hanya menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia dalam usaha mengatasi kesan kejatuhan nilai ringgit di samping mengurangkan bahan import.

 Bagaimanapun, katanya, rakyat dan pengguna tempatan tidak diberikan maklumat lengakp serta tidak tahu mana satu barangan buatan tempatan atau diimport bagi memudahkan mereka membuat pilihan.

"Berikutan itu, Fomca dengan kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di seluruh negara sedang mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan kepada pengguna.

"Senarai itu diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama) dan syarikat terbabit," katanya di sini, hari ini.

Marimuthu berkata, Fomca sejak dulu lagi menggalakkan tiga amalan diberi perhatian dalam pergerakan penggunaan iaitu beli barangan buatan Malaysia, amalan menabung atau berjimat cermat serta tidak membeli secara sewa beli.

"Jika rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan, terutama makanan, kita dapat menjimatkan RM1.9 bilion setahun untuk mengimport bahan itu," katanya.

Berikutan itu, katanya, pengguna dan rakyat perlu diberikan maklumat mengenai barangan buatan Malaysia dalam usaha membantu kerajaan mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit sekarang.

"Langkah Fomca itu dapat membantu kerajaan menggalakkan rakyat membeli barang buatan tempatan, serta kurang bergantung kepada produk import," katanya.

Beliau juga berkata tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi kemampuan pendapatan dikalangan rakyat negara ini yang turut menyimbang kepada penurunan ringgit disebabkan merek mudah memperolehi kemudahan kredit.

Berikutan itu, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja dengan mengamalkan tabiat berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung untuk mengurangkan kesan hutang.

Paparan : 1983Dikemas kini pada : 27 Mac 2011 sumber

:

0 ulasan:

 
Blog Template by Delicious Design Studio