Sambungan.....
MAKMAL YANG DIIKTIRAF Di Malaysia, setakat ini terdapat lima buah makmal yang memohon pengiktirafan Jabatan Standard Malaysia bagi mendapatkan status makmal diakreditasi bagi pengujian produk permainan.
Pengiktirafan makmal ini penting bagi memastikan pengujian produk ini dilakukan dengan betul dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
"Beberapa prosedur perlu dilalui oleh pengeluar, pengimport atau pembungkus semula sebelum tanda pematuhan MC dapat digunakan.
Mereka perlu membuat pengujian produk terlebih dahulu di mana-mana makmal yang diakreditasi.
"Pengujian boleh dibuat sama ada di Malaysia atau luar negara yang diakreditasi melalui perjanjian International Laboratory Accreditation Cooperation (ILAC) dan Asia Pacific Laboratory Cooperation (APLAC).
Senarai makmal ini boleh dilihat dengan melayari laman web www.ilac.org dan www.aplac.org ", ujar beliau.
Setelah pengujian dijalankan dan laporan pengujian diluluskan, pengeluar boleh mengemukakan pengisytiharan 'certificate of conformity' kepada Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNKK untuk mendapatkan nombor rujukan dan seterusnya membuat penandaan logo MC pada produk sebelum dipasarkan.
Beberapa aspek tertentu akan diambil kira semasa pengujian dilakukan, yang antaranya bahan yang digunakan.
Malah bagi permainan untuk kanak-kanak 0 hingga tiga tahun pengujian yang dilakukan lebih menyeluruh berbanding produk permainan lain.
PERLINDUNGAN UNTUK PENGGUNA Penandaan ini sebagai bukti produk permainan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak dan pengguna tidak perlu risau dengan tahap keselamatan.
Menurut Mohana Priya dari Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia, penandaan ini adalah satu langkah yang penting dalam memastikan keselamatan alat permainan kanak-kanak.
Ini kerana sebelum ini alat permainan yang berada di pasaran tidak berkualiti dan sebahagiannya mengandungi bahan yang berbahaya seperti plumbum.
Mohana berkata didikan melalui media massa juga penting untuk memastikan pengguna mendapat maklumat yang betul ketika membeli alat permainan kanak-kanak.
Tinjauan Bernama di pasaraya dan kedai menjual alat permainan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang mendapati kebanyakan alat permainan telah mempunyai tanda pematuhan MC.
Bagi KPDNKK, penandaan logo MC bertujuan untuk menjaga kebajikan pengguna selain sebagai penanda aras yang membuktikan produk permainan yang berada di pasaran tempatan adalah produk yang berkualiti dan pengguna tidak perlu ragu-ragu tentang keselamatannya.
Pihak industri diseru agar segera melaksanakan penandaan tanda pematuhan ini ke atas produk permainan mereka sebelum dikenakan tindakan penalti.
Pihak KPDNKK juga tidak mengenakan sebarang bayaran untuk proses penandaan ini.
Bagi pihak industri yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perlaksanaan peraturan itu boleh melayari laman web www.kpdnkk.gov.my atau e-mel ke toys@kpdnkk.gov.my, atau hubungi Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNKK di talian 03-88825886 5862/ 5850/ 5968/ 5599/ 5959 atau faksimili 03-88826960.

0 ulasan:
Post a Comment