Powered By Blogger
Free Dallas Cowboys Helmet Cursors at www.totallyfreecursors.com

Kata Alu-aluan saya

Hai semua pengguna...kita sebagai pengguna harus bertindak dengan bijak untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik.

Tuesday, April 22, 2014

PRODUK KESUKAAN MALAYSIA - ADABI

DIAMBIL DARIPADA : Profile Produk Adabi

ASSALAMUALAIKUM..DI SINI SAYA SUKA UNTUK BERCERITA MENGENAI SUATU PRODUK YANG SEMANGNYA MENJADI KESUKAAN SAYA DAN JUGA KELUARGA IAITU PRODUK-PRODUK DARIPADA SYARIKAT MAKANAN ADABI SDN BHD....PROFIL SERTA MAKLUMAT SYARIKAT INI BOLEH DILIHAT DI BAWAH....THUMS UP FOR ADABI!!!!

ADABI CONSUMER INDUSTRIES SDN BHD

PENGENALAN
Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ACISB) merupakan syarikat induk dan salah satu peneraju utama di Kumpulan Adabi. ACISB dikelola dan diteraju secara professional dan berpandu sepenuhnya pada produk dengan memberi penekanan yang sama terhadap Penyelidikan & Pembangunan serta Jualan & Pemasaran. Menyenaraikan produk lebih dari 60 jenis produk di bawah 6 kategori berikut : serbuk rempah campuran, pes sedia proses, campuran tepung, Sos, makanan dalam tin dan minuman.  
Memiliki kumpulan penyelidik yang kuat dan kreatif, yang sentiasa berdedikasi untuk mencipta produk makanan baru dan inovatif. Syarikat telah berkembang dengan pesat, iaitu daripada 25 kakitangan dan jualan tahunan sebanyak RM2 juta pada tahun 1984, sehingga ke kedudukan saat ini yang mana mempunyai lebih dari 400 anggota dan mensasarkan jualan tahunan sebanyak RM120 juta dapat dikaitkan dengan kejayaan syarikat yang telah berjaya memperkenalkan pelbagai produk baru sepanjang beberapa dekad.
Adabi telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan di atas komitmen yang telah diberikan terhadap memastikan kualiti produk keluaran. Bahkan, produk Adabi adalah yang pertama untuk menerima sijil Halal dari Jabatan Hal Islam dari Jabatan Perdana Menteri. Di antara anugerah yang lain yang dimenangi adalah Superbrand Status (Reader's Digest Malaysia), International Makanan & Minuman Award (New Millenium Award - Paris) dan Anugerah Kecemerlangan Industri (MITI) dan Anugerah Produk Terpuji (Institut Teknologi Pangan Malaysia).
SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT ADABI SDN BHD
Dato' Syed Manshor Bin Syed Mahmood
Pengasas / Pengarah Urusan
Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd

Pengasas dan pemilik Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. Membangunkan syarikat dan peneraju utama sejak penubuhannya pada bulan Mac tahun 1984. Juga merupakan antara perintis utama Kumpulan Adabi - aktif semasa '70-an dalam pendidikan swasta. Menjadi Pengerusi kepada semua anak-anak syarikat di bawah Kumpulan Adabi. Menyelia pengurusan syarikat.


Pada tahun 1984, kumpulan pertama produk-produk ADABI dihasilkan di sebuah kilang kecil bertempat di Kawasan Perindustrian Ringan Batu Caves. Semenjak itu, usaha kami telah berkembang dengan pesat. Dari Batu Caves, ADABI telah berpindah ke kilang-kilang yang lebih besar di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Kepong pada tahun 1986 dan membina kilang pemprosesan tambahan di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Ehsan pada tahun 1990 dan 1992. Di atas permintaan pelanggan yang kian bertambah, syarikat berpindah ke premis kilang dan pejabat milik persendirian yang terletak di Taman Perindustrian Bersepadu Rawang pada November 1996 bagi menampung keperluan pasaran dan pelanggan. Terletak di kawasan seluas 4 hektar, yang merangkumi pusat pengeluaran, gudang, bangunan pejabat dan kemudahan pentadbiran Adabi yang lain.

" Menjadi sebuah pengeluar produk makanan terkemuka berpangkalan di Malaysia termasuk wilayah lain."

SENARAI PRODUK PERNIAGAAN ADABI







PERSIJILAN ISO 9001:2000/2008


Adabi Consumer Industries Sdn Bhd adalah syarikat makanan pertama yang telah dianugerahkan persijilan ISO 9001:2000 pada tahun 2002 dan peralihan kepada persijilan ISO 9001:2008 oleh Pihak SIRIM Berhad pada tahun 2009. Melalui persijilan ISO ini, setiap proses pengeluaran perlu menepati 'Quality Management System', di mana setiap proses pengeluaran perlu mematuhi 'Standard Operation Procedure' yang telah ditetapkan. Untuk memastikan setiap proses samaada di bahagian Pengeluaran atau Pentadbiran mematuhi piawaian ISO, setiap tahun akan diadakan sesi audit dalaman ISO oleh kumpulan juruaudit dalaman ISO yang terlatih dan sesi audit oleh pihak SIRIM QAS. Dengan adanya persijilan ISO 9001:2008 dan praktis yang dijalankan menjamin Kualiti Produk Adabi yang terbaik dan memuaskan keperluan pelanggannya.

PERANUGERAHAN PENCAPAIAN KUALITI PRODUK

�� MIFT Highly Commended Product 2005 (Malaysia Food Industry)
�� Superbrand 2005 Status (Reader's Digest Malaysia)
�� Superbrand 2002 Status (Malaysian Superbrands Council)
�� International Food & Beverage Award (New Millennium Award – Paris, 2000)
�� Anugerah Kecemerlangan Industri (1999)
�� Anugerah Kecemerlangan Industri (2002)
�� Anugerah Produk Terpuji (Malaysian Institute of Food Technology - 1997)
�� MS ISO 9001: 2000 (by SIRIM Bhd)
�� Special Award - Innovative Product (by MITI)
RANGKAIAN CAWANGAN DALAM NEGERI
Rangkaian pengedaran produk Adabi juga telah dikembangkan dan, sehingga kini terdapat 13 rangkaian syarikat gabungan yang bertindak sebagai agen atau  pusat jualan dan pengedaran produk keluaran Adabi. Bermula dari utara Semenanjung hinggalah ke Negeri di bawah Bayu.
       I.                        Baktisan Pertama Sdn Bhd – Sungai Petani, Kedah.
    II.                        Adabi Penang Distribution Sdn. Bhd. – Pulau Pinang.
 III.                        Berkat Serbaguna Sdn. Bhd. – Ipoh, Perak.
 IV.                        Bekal Baru Sdn. Bdn. – Selayang, Selangor.
    V.                        Alzas Edar Sdn. Bhd. – Kepong, Selangor.
 VI.                        Adabi Consumer Industries HTO Sdn. Bhd – Batu Caves, Selangor.
VII.                        Adabi NS Trading Sdn. Bhd. – Senawang, Negeri Sembilan.
VIII.                        Nyala Satria Sdn. Bhd. – Muar, Johor.
 IX.                        Produk Optima Sdn. Bhd. – Johor Bahru, Johor.
    X.                        Amalan Sanjung Sdn. Bhd. – Kota Bharu, Kuala Trengganu.
 XI.                        Adabi Distribution Sdn. Bhd – Mentakap, Pahang.
XII.                        Adabi Sabah Distribution Sdn. Bhd – Kota Kinabalu,Sabah.
XIII.                        Stasuria Enterprise Sdn. Bhd. – Kuching, Miri, Serawak.
RANGKAIAN CAWANGAN LUAR NEGARA
PT Multi Alam Prima Rasa adalah 92% dimiliki oleh ACISB. Baki ekuiti dipegang oleh warga Indonesia. Perniagaan Multi Alam Prima Rasa di Medan adalah diselenggara oleh En. Iskandar Muda HSB, yang juga bertindak sebagai Perunding Pemasaran. Medan telah dipilih sebagai pintu masuk utama produk-produk Adabi, yang mana Adabi bukan sahaja dikenali oleh penduduk tempatan melalui pemancaran TV Malaysia. Permintaan untuk produk-produk Adabi adalah menggalakkan dan pelbagai persediaan sedang dibuat untuk produk-produk dapat diagihkan ke daerah-daerah Indonesia yang lain.
Perniagaan beroperasi sebagai pengimport produk-produk of ADABI untuk Indonesia. P.T. Multi Alam Prima Rasa ditubuhkan pada Januari 1994 bagi memudahkan proses ekspot produk-produk Adabi ke Indonesia. Pada ketika ini, Multi Alam Prima Rasa mendaftarkan 11 produk-produk Adabi dengan BPOM RI MLdan setiap hasil keluaran ditandakan dengan nombor perdagangan yang sah. Semenjak itu pelbagai produk-produk Adabi telah dibawa ke Indonesia, terutamanya ke Medan dan Sumatera.
KESIMPULAN
Pengeluaran produk – produk yang berkualiti lagi halal telah membuat jenama Adabi mendapat tempat dihati pengguna di Malaysia dan tetangganya, ditambah pula dengan kepelbagaian jenis produk untuk isi rumah. Sejajar dengan perkembangan Adabi yang telah pun berusia 25 tahun maka penambahan rangkaian produk baru keluaran Adabi telah meningkat tahun demi tahun, demi memenuhi permintaan pasaran, terutamanya bagi segmen produk HALAL.
 
Blog Template by Delicious Design Studio